Dasar Privasi
- Video korang tak pernah diupload ke server kami. Semua proses dalam phone atau PC korang.
- Kami simpan yang perlu je: akaun Google (nama, email, gambar), rekod pembelian, no. WhatsApp dan resit.
- Gambar resit dipadam sendiri lepas 60 hari.
- Kami tak jual data korang, tak ada iklan, tak hantar email promosi.
- Nak padam akaun? WhatsApp kami.
1Video korang
Video siap cuma wujud dalam phone korang sampai korang save atau tutup page.
2Maklumat yang kami kumpul
| Maklumat | Bila | Untuk apa |
|---|---|---|
| Akaun Google: ID akaun, email, nama, gambar profil | Bila korang login dengan Google | Simpan PRO dalam akaun korang |
| No. WhatsApp dan nama pembayar | Masa hantar resit | Semak bayaran dan hubungi korang pasal pembelian |
| Gambar resit | Masa hantar resit | Penjual semak bayaran |
| Rekod pembelian: pakej, harga, tarikh, status, kod PRO, ejen (kalau ada) | Setiap pembelian | Aktifkan PRO, kunci harga bulanan, kira komisyen ejen |
| ID peranti rawak dan kiraan video percuma | Bila guna website | PRO aktif di peranti betul, kira had percuma |
| Alamat IP | Masa beli, hantar resit atau guna had percuma | Elak salah guna, contohnya resit berulang atau buka banyak akaun |
| Telegram: ID dan nama pertama | Kalau masuk guna Telegram untuk video percuma | Semak korang dah join channel KilatFrame |
| Kod ejen (link ejen) | Bila buka link ejen | Bagi harga ejen dan kira jualan ejen |
| Review: nama (pilihan), bintang, komen | Bila hantar rating & review | Dipaparkan kat website selepas disemak |
Kami tak minta atau simpan kata laluan Google, nombor IC, nombor akaun bank atau nombor kad.
3Login dengan Google
- Kami cuma minta maklumat asas: ID akaun, email, nama dan gambar profil.
- Kami tak boleh baca email, kenalan, Google Drive atau fail korang.
- Kata laluan Google tak pernah sampai kepada kami. Login diuruskan terus oleh Google.
- Untuk buang akses KilatFrame dari akaun Google: myaccount.google.com → Security → Third-party apps.
4Data dalam browser (local storage)
Website simpan sedikit maklumat dalam browser korang, macam sesi login, kod PRO, ID peranti, kod ejen (30 hari), kiraan video percuma dan pilihan bahasa. Ini supaya korang tak perlu login setiap kali.
Kami tak guna cookie iklan atau tracker pihak ketiga.
5Cara kami guna maklumat
- Aktifkan, semak dan simpan PRO korang.
- Semak bayaran dan resit, dan halang resit palsu.
- Kira had video percuma dan elak salah guna.
- Kira komisyen ejen.
- Hubungi korang pasal pembelian atau masalah PRO melalui WhatsApp.
Kami tak jual, sewa atau tukar maklumat korang. Tiada iklan, dan tiada email promosi.
6Siapa yang nampak maklumat korang
| Pihak | Apa yang mereka dapat | Kenapa |
|---|---|---|
| Cloudflare | Semua data akaun dan pembelian (disimpan) | Tempat website dan database KilatFrame |
| Permintaan login | Login dengan Google | |
| Telegram | Notifikasi pembelian kepada penjual: nama, email, no. WhatsApp, harga dan gambar resit | Penjual semak bayaran dengan cepat |
| Google Fonts, jsDelivr | Alamat IP, macam mana-mana laman web | Muat fon dan library website |
| Orang awam | Review yang diluluskan (nama, bintang, komen) | Paparan rating kat website |
| Ejen (kalau beli melalui link ejen) | Email akaun Google pembeli dan status jualan | Ejen nampak jualan dia sendiri |
| Pihak berkuasa | Hanya bila diwajibkan undang-undang | Patuh undang-undang |
7Berapa lama kami simpan
| Maklumat | Tempoh |
|---|---|
| Gambar resit | 60 hari, lepas tu dipadam automatik |
| Cap resit (untuk halang resit sama dihantar dua kali) | 60 hari |
| Had "satu resit menunggu" (akaun, peranti, IP) | Sampai resit disemak, maksimum 14 hari |
| Akaun Google dan rekod pembelian | Selagi akaun aktif, atau sampai korang minta padam |
| Senarai sekat (resit palsu) | Sampai disemak semula oleh penjual |
| Kod ejen dalam akaun | 30 hari dari kali terakhir buka link ejen |
| Kiraan video percuma (peranti, IP) dan had review | 2 hari |
| Review | Sampai dipadam oleh penjual atau atas permintaan korang |
| Data dalam browser | Sampai korang logout atau padam data browser |
8Hak korang
- Tengok maklumat yang kami simpan tentang korang.
- Betulkan maklumat yang salah, contohnya no. WhatsApp.
- Padam akaun dan maklumat korang. PRO dalam akaun tu akan hilang sekali.
- Keluar (logout) dari akaun Google kat website bila-bila masa.
WhatsApp 012-339 5748 dengan email akaun Google korang. Kami selesaikan dalam masa 30 hari. Nak buang review? Bagitahu nama dan tarikh review tu.
9Kanak-kanak
KilatFrame bukan untuk kanak-kanak bawah 13 tahun. Pengguna bawah 18 tahun mesti guna dengan izin ibu bapa. Kalau kami dapati ada data kanak-kanak bawah 13 tahun, data tu akan dipadam.
10Keselamatan
- Semua sambungan guna HTTPS.
- Sesi login ditandatangani secara digital, dan tiada kata laluan disimpan.
- Panel penjual dilindungi kunci rahsia, dan hanya penjual yang boleh semak resit.
- Jumpa masalah keselamatan? Tolong beritahu kami secara peribadi melalui WhatsApp.
11Perubahan dasar
Kami boleh kemas kini dasar ni. Versi dan tarikh di atas akan ditukar. Perubahan besar akan diumumkan di channel Telegram KilatFrame.
12Hubungi kami
Soalan pasal privasi atau nak padam akaun?